Wah, rasanya lama sungguh gua dah tak menulis didalam ruangan maya ini. Perasaan rindu membuak2 membuatkan gua kem bali menulis didalam ruangan maya ini. Ye lah, dah sememangnya dari dulu hobi gua menulis, jadi memang tak dapat ditinggalkan hobi gua ini.
Sebenarnya bukan gua tidak ada masa atau malas untuk menulis, tapi disebabkan beberapa perkara yang telah terjadi beberapa bulan lepas membuatkan gua rasa seperti mahu gua perlu membuatkan diri gua sibuk kerana tidak mahu mengenang perkara-perkara lama. 2 bulan lamanya gua menyepi dari penulisan ini membuatkan terlalu banya perkara yang gua nak cerita.
Entry terakhir gua adalah semasa raya, itupun gua tulis dan simpan dalam draft, baru kelmarin gua publish, walaupun gua rasa itu sudah ketinggalan zaman. Tapi, dah alang-alang gua taip kan. Lu orang bukan nak tolong gua taipkan.
Sapa kata gua dok rumah memencilkan diri? gua sebenarnya terlalu sibuk okay, atau dalam erti kata lain, gua menyebukkan diri dan buat-buat sibuk. Ye lah, lu orang gak kata yang gua tidak kacak bila nampak sedih.. jadi gua cubala menghappykan diri dengan kesibukkan gua.
Semenjak raya pertama sehingga hari ni gua masih sibuk.. malam ni pun gua ada kerja lagi perlu diselesaikan.
Raya, macam biasa, sibuk duduk di rumah sambil menonton televisyen dan membaham kuih raya sehingga tiada masa untuk keluar berjalan-jalan, owh ya, tak, gua ada keluar, macam biasa, tiap tahun, rumah Aqin, Radin dan gua gi rumah Fidz.. ya, tu jer.. Ye lah, gua sibuk kan, mana sempat nak gi rumah sesapa lagi. Banyak lagi kuih gua perlu habiskan dan banyak lagi rancangan perlu gua tonton.
Beberapa hari lepas raya gua dah kena balik untuk kolej gua, dan gua juga teramat sibuk untuk menguruskan majlis jamuan hari raya di kolej gua, tu la korang, sapa suruh lantik gua jadi ketua program. kan gua dah sibuk.. Alhamdulillah, semua berjalan lancar, dan sehabis je program, malam tu gua bergegas ke Rawang pergi ke rumah Syikin, Syikin dah nak balik Mesir, jadi, gua cuba cari masa untuk pergi ke rumah dia, nasib baik jumpa walaupun beberapa kali sesat.. Ya, malam itu juga gua sibuk mencari jalan pergi dan jalan pulang.. "aku dah cakap, jalan ni" Kata Solah pada gua
Lepas tu start selasa tu plak, gua start exam, maka start sibuk menghapal buku dan study.. cuma ye lah, macam biasa, bila time gua study je, time tu macam-macam perkara bermain difikiran gua, macam-macam kenangan yang melanda.. makin gua sedih, lalu gua ambik keputusan, setiap malam klu gua tak dapat study, gua keluar tenangkan fikiran. dah ler esoknya paper pagi, balik rumah pukul 2 3 pagi. Ada sekali, kawan gua Solah, dia plak yang risau pasal gua ajak kuar, rilex la bro, gua study dalam mimpi.
Habias exam, ya, masih sibuk, walaupun sedang bercuti, dan sempat ler lagi sekali gua pergi rumah Syikin untuk kenduri doa selamat dia, dan sambil mengusha adik dia yang gua pernah usha masa form 5 dulu.. haha, marah Syikin kalau baca entry ni karang.. ya, masa cuti juga gua tetap sibuk, sibuk menyiapkan laman web gua, sibuk untuk merancang perniangaan bagi tahun 2010, dan sibuk dengan segala macam yang berkaitan dengan soal kewangan.. Ya, tersangat sibuk.haha
Masa cuti gak gua sibuk study sikit, ya, walaupun sikit tetapi tetap sibuk.. huhu.. ditambah pula dengan sibuk untuk mengisi masa lapangku yang sedikit dengan tidur dan owh ya, menonton televisyen, sibuk menonton Wonderpet setiap hari jam 2.30.. tersangat sibuk.. sehingga tiada masa untuk mengupdate blog..
Habis cuti, masih dalam kesibukan keerana menguruskan pendaftaran baru gua, kesana sini, kehulur hilir, tanya Nazmi ngan Q saja dah cukup mengenangkan kesibukkan kami termasuk sibuk memikirkan bila masa yang sesuai untuk berkaraoke bersama dan menonton wayang bersama.. Ini semua Mara punya hal..
Selain itu hujung minggu juga gua sibuk kerana ada sahaja tempat yang perlu gua hadiri sekurang-kurangnya memeriahkan majlis walaupun gua tau, tak ada gua pun majlis tersebut akan meriah, Sabtu seperti biasa pergi ke MASKARA bersama Resmanshah Si Penulis, Ahad pula pergi ke Istana Budaya Menonton Cuci Muzikal bersama Alif..
Ahad depannya sibuk membantu Solah untuk show yang pertama beliau dan sibuk untuk menyibuk di majlis dinner universiti orang lain yang dulu pernah menjadi tempat belajar gua...
Kemudian start sibuk dengan kelas yang hampir bermula, dan masih menguruskan soal pendaftaran gua, dan soal bisnes gua.. ya, tersangat sibuk sehingga tiada masa untuk mengupdate blog... tersangat sibuk..
p/s : Tomy kata pada gua, "eleh lu sibuk bersedih, lu kata lu sibuk macam-macam.. blah la.. sampai bila lu nak bersedih?"
" erm. gua pun tak tau sampai bila, mungkin sampai selesai penantian gua.. eh, lu tukar topik,, betul gua sibuk! BUSY!! tak caya nanti gua upload gambar!!" jawab gua sambil termenung
"TIPOOOOO!! " balas Tomy
Friday, November 20, 2009
I'm, Back!!
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 7:21 PM 0 kutukan dan kritikan
Monday, October 5, 2009
Setiap orang adalah pemimpin dan bertanggungjawab keatas apa yang dipimpinnya..
Selesai sudah cuti raya bagi gua, namun, masih banyak perkara yang perlu dibereskan.. gua ada masa kurang 2 minggu lagi untuk exam, dan seminggu sebelum exam ni, gua punya tanggungjawab berat untuk menguruskan tentang projek Ko-k kat kolej gua ni. Nak wat macam mana, dah semua undi gua jadi projek manager, dan gua terpaksa lah terima.. ya, bukan senang untuk menguruskan manusia yang bermacam-macam karenah ni..
Cuma semalami ada satu kejutan bagi gua apabila Madam Mimi bagitau yang projek akan ditukar.. Kami kena take over majlis sambutan hari raya CFS bersama anak yatim sabtu ni.. wah, lagi 4 hari baru dia bagitau yang projek itu akan ditukar.. lagi kelam kabut ler gua.. nasib baik dia kata, take over, bukan kena urus dari awal...
Dah ler video untuk assgment Ko-k gua tak siapkan lagi.. fuh... laptop gua semenjak dua menjak ni makin kerap buat hal.. merajuk ngan gua kot...
Namun, masih banyak perkara yang perlu gua settlekan.. masih banyak perkara yang gua dan kawan-kawan gua nak selesaikan.. petang tadi, gua, Q, Diana ngan Husna ( apasal gua sorang jer lelaki?) gi Subang carik barang-barang untuk hadiah.. pergh, letih giler lah gua cakap lu... nak carik barang untuk 12 hamper dan 28 hadiah yang lain.. dari pukul 5 petang sampai ke pukul 9 mlm baru semuanyer selesai.. sepatutnya rasanya bukan tugas gua nak settlekan semua ni.. bukan kerja pengarah projek adalah untuk mengarah-arahkan orang jer ker?? haha
Dan tadi masa kelas gak, madam mimi ada ckp yang gua kena wat show untuk hari tu.. wah.. banyaknyer kerja gua nak kena wat... dah lah gua rasa hampir separuh kerja gua yang kena settlekan..
tapi tak kisahlah.. yang penting, gua dah tunaikan tanggungjawab gua walaupun gua tak rasa perfect.. gua tak mampu nak puaskan hati semua org.. dan gua cuma menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan...
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 10:34 AM 0 kutukan dan kritikan
Saturday, October 3, 2009
Rumah Wajib
Hari ini masuk hari raya yang ketiga... disebabkan line internet begitu slow dan lembab dirumah gua, maka gua terpaksa menulis entry ini didalam word dan akan dipublishkan setibanya gua di shah alam nanti..
Sejak sehari sebelum raya, badan gua mula menunjukkan rasa tidak begitu selesa atau lebih senang dikatakan tidak sihat.. malam sebelum raya tu gua sempat lagi menemankan anak sedara gua membeli belah menjelang malam raya.. biasa lah.. time tu memang lelong habis kan..
hari raya pertama, seperti rutin kebiasaan, sama seperti hari-hari raya yang lepas, cuma kali ini gua lebih merasa sinar keceriaan itu tidak ada tambahan pula dengan keadaan badan yang tidak berapa sihat.. maka, jam 2 petang, sudah terperap didalam bilik, tidur..
Sambil tu, gua mula berkira-kira, tentang rumah wajib yang biasa gua kunjungi. Pertama, kebiasaannya, malam sebelum raya, rumah Adila dan Napie memang menjadi kewajipan.. Ya, kami berkawan baik sejak dari darjah 5.. Namun, semenjak Napie dan ke Korea, semakin lama, ianya semakin renggang.. dan tahun ini, dua-dua rumah mereka gua tidak dapat kunjungi, Sekarang pun, no telefon Adila yang baru gua tak tau.. ntah pakai no mana minah ni.. Napie plak, maaf kepada Napie sbb gua tak dapat nak ucapkan selamat hari raya kat lu, pasal internet memang tak dapat langsung sepanjang raya, dan gua tak tahu no telepon lu kat korea. Namun, dikesempatan ini, gua nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN kepada lu..
Biasanya juga selepas sembayang raya, mesti gua dengan Napie akan ke rumah Bard. Seingat gua, kami memegang rekod selama beberapa tahun berturut-turut menjadi tetamu pertama dipagi raya.. tapi, sekarang, semua itu telah dipecahkan.. dan gua tak pergi gak ke rumah dia..
Rumah yang ketiga, seperti biasa, adalah rumah Yaqin.. cuma bezanya tahun ni, biasa raya pertama gua gi rumah dia, tapi kali ni raya kedua baru pergi.. dan kakak-kakak dia tak semua yang ada hari tu, al-maklumlah ramai yang dah berkahwin.. tinggal berapa orang jer lagi bekas bakal kakak ipar gua ni yang tak kawin lagi..
Pastu, biasanya gak rumah Radin.. ya, tahun ni pun sama gak, raya kedua baru gua pergi.. ye lah, raya pertama keadaan kesihatan gua tak berapa nak mengizinkan.. tak dapat nak gi raya pertama.. Cuma raya pertama, waktu petang, gua rasa macam larat sikit, gua pergi ke rumah Fidz.. masa tu Radin ngan Raihana ada kat situ..
cuma itu jer rumah yang gua kunjungi pada raya kali ni... sedih bukan? dan gua sememangnya tiada rasa keceriaan pada raya kali ini.. senang kata, tak ada mood lah.. maaf kepada rakan-rakan lain yg gua tak sempat datang beraya dirumah anda dan menghabiskan juadah yang korang bakal hidangkan..
Ya, jika beberapa bulan lepas, gua sudah mula membuat perancangan untuk berkunjung ke salah sebuah rumah di Terengganu.. namun, segalanya sudah hancur berkecai, dan ini yang membuatkan keceriaan gua menyambut syawal berkurangan..
dan gua juga ada berkira-kira nak menziarah seorang kawan lama gua, Syikin yang balik bercuti dari Mesir.. Cuma, entah bila gua akan sampai ke Rawang tu, gua tak pasti... yer la, gua sendiri pun tak tau macam mana nak ke Rawang tu.. tapi, kesah apa gua.. orang kata, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.. jadi gua akan redah jer..
Apa yang gua ceritakan diatas bukanlah bercerita tentang senarai-senarai rumah kunjungan gua pada raya kali ni sahaja, tapi gua nak tekankan soal ziarah menziarahi.. Semakin hari usia meningkat semakin dewasa dan tua, dan semakin banyak perubahan bakal dan telah berlaku.. antaranya soal perhubungan dan ukhwah.. jika dahulu kita dizaman sekolah, semua masih bertegur sapa.. masih lepak sama-sama ramai-ramai.. lepas tu, dah habis sekolah, bila masing-masing bawak haluan masing-masing, dah susah nak jumpa.. mula-mula adalah msg sekali sekala bertanya khabar, namun lama-kelamaan, setahun sekali nak msg pun susah.. itu pun kalau tak raya mmg tak msg lah.. dan msg cuma ucapkan selamat hari raya.. bukan bertanya khabar selanjutnya..
Entahlah... mungkin kerana keadaan itu yang membuatkan gua tidak berapa ceria ditambah pula dengan keadaan kesihatan gua dan hati gua yang rasa agak hancur dan mungkin kerana mengenang kisah lama.. fuh, dugaan sungguh raya ni...
Raya dengan kesedihan...
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 5:12 PM 0 kutukan dan kritikan
Monday, September 21, 2009
Keceriaan yang telah hilang sejak beberapa bulan yang lepas...
Apa pun, selamat hari raya, maaf zahir dan batin kepada rakan-rakan semua.. Segala salah dan sila harap dimaafi.. aku adalah manusia biasa yang tidak pernah lari dari kesalahan... aku bukan sempurna....
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 11:39 AM 0 kutukan dan kritikan
Thursday, September 10, 2009
Majlis berbuka puasa kanak-kanak riang FBA
Semalam gua menghadiri satu majlis yang boleh dikatakan majlis berbuka puasa walaupun gua tahu ada sebahagin daripada kami yang tidak puasa atas alasan keuzuran terutama Q yang walaupun dia tidak puasa tetapi dia yang terlalu excited terlebih.
Dah lama rasanya gua bersama kawan-kawan tidak berkumpul bersama-sama begini walaupun ini adalah sebahagian kecil sahaja yang hadir. Dan perhimpunan ini turut disertai dengan lecture-lecture kami sekali.
Jika kebiasaannya di rumah, gua bersama ahli keluarga yang lain akan berkumpul beramai-ramai mungkin sehari atau dua menjelang raya. Dan itulah saat yang paling menggembirakan bagi semua. Berkumpul semua adik beradik dan ahli keluarga yang lain. Nasib baik rumah guu cukup besar atau boleh sahajay gua nak katakan terlebih besar kerana setiap kali balik, tak semua penjuru rumah yang gua jejaki terutama bahagian atas.. ops.. bercerita perihal rumah.. ya, rumah yang cukup untuk menampung seramai 31 orang ahli keluarga termasuk anak masing-masing. Dan gua rasa nak tambah lagi jumlah tu pun tak ada masalah..
Dan disini, mereka semualah keluarga bagi gua, ye lah, dah jauh dengan keluarga kan. Jadi, untuk makan-makan beramai-ramai begini adalah satu kegembiraan bagi kami. Lagipun ini adalah kebarangkalian final semester foundation bagi kami semua.. selepas ini mungkin ada yang sudah keluar atau memilih jalan masing-masing termasuk mungkin ada yang nak berkahwin.
RM18.90 yang dibelanjakan itu walaupun tidak berbaloi dengan makanan yang berjaya dihabiskan, ( mungkin berbaloi bagi Q dan Husna kerana mereka berjaya menapau lebihan makanan secara senyap-senyap ), tetapi cukuplah gua nyatakan yang kita sebenarnya membayar bukan untuk harga makanan itu, tetapi adalah untuk harga masa itu. Masa untuk satu pertemuan dan perhimpunan seperti ini. Rasanya jika tidak ada yang nak buat macam ni, bila lagi nak bukak pose ramai-ramai macam ni kan.
Gua malas nak membebel, tok imam pun dah nak start sambung terawikh rakaat yang ke 11-12 ni, gua nak gi sembahyang dulu yek. ( Amacam? Power tak gua boleh menulis satu entry semasa selang rehat antara rakaat 9-10 dan 11-12 terawikh ).
Sekian sahaja, wabillahitaufik, wassalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh..
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 10:12 PM 2 kutukan dan kritikan
Friday, September 4, 2009
The UMNO Kepala Lembu
Gua sendiri tak tahu apa yang berlaku malam ini, kerana sepatah hapa pun yang mereka katakan gua tak paham..
Mungkin ini tindak balas dari perhimpunan yang berlaku di SUK minggu lepas
Dalam kepekatan malam, dan suasana yang 'gelap' mungkin gua sorang jer yang berkulit cerah dan berbangsa melayu pada malam ini.
Ya, ada seorang lagi yang gua nampak tadi berkulit cerah, seorang cina, wartawan NST mungkin atau mana-mana akhbar tempatan.
Ada sesiapa yang ada info lengkap tentang semua ini?? Gua tunggu paper esok jer lah... confirm keluar..
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 10:10 PM 0 kutukan dan kritikan
Thursday, September 3, 2009
Selamat Hari Penjajahan

Sang anak bertanya pada ayahnya apa itu kemerdekaan?
Sang ayah menjawab "kemerdekaan itu bebas dari penjajahan"
Sang anak mula berfikir dalam kepala :" Habis, KFC, McD tu bukan dari negara penjajah? Kartun Atashinchi, Conan, Doraenmon tu bukan dari negara penjajah? Amalan rasuah dalam politik bukan amalan penjajah? Penyelewengan itu bukan budaya penjajah? Budaya bebas itu bukan cara hidup penjajah?" dan bermacam-macam lagi terlintas di kepalanya selama berhari-hari, bertahun-tahun.
"Cukuplah kau sudah bebas untuk membeli Coca-cola atau Pepsi di 7-11 tanpa perintah berkurung kerana darurat" kata seorang tua menyapanya.
"Coca-cola, Pepsi dan 7-11 itu bukan dari negara penjajah?" tanya sang anak itu lagi.
Ayahnya termanggu. Orang tua itu terdiam. Seribu pertanyaan.
Argh.. saja gua lambat tulis entry pasal kemerdekaan kali ini. Bukan apa, setiap kali merdeka, asyik perkara sama yang aku perlu tulis dan kata. Kita masih dijajah. Minda kita masih dijajah. Jadi, buat apa gua nak tulis berulang kali.
Jadi, secara ringkasnya ingin gua laungkan
SELAMAT DIJAJAH!!! APA ERTI MERDEKA?????
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 10:18 PM 0 kutukan dan kritikan
Friday, August 28, 2009
Jambatan lalu

Keadaaan cuaca yang kian tidak menentu seperti jiwa dan perasaan saya pada waktu ini. Ah, biarlah saya menggunakan perkataan 'saya' pada waktu ini kerana mungkin cukup sopan jika dibandingkan dengan perkataan 'gua' mahupun 'aku'. Bukan sekadar untuk berbasa-basi, namun kerana hari ini saya terlalu banya memikirkan sesuatu dan mungkin kerana mood Ramadhan gamaknya. Sesuatu yang telah berlalu yang sepatutnya tidak perlu difikirkan terlalu berat namun ianya tetap menerjah ke dalam lubuk pemikiran ini.
Berlari-lari di pelantar bayangan kehidupan bukanlah sesuatu yang indah. Kerana sesuatu yang indah itu pasti akan dikenang, dan mahu diulang kembali walaupun tidak mampu untuk dicapai. Begitu juga dengan sesuatu yang pahit itu juga membuatkan jiwa semakin terluka untuk dikenang. Jadi, untuk mencerapkan kembali memori kenangan itu, bukanlah sesuatu yang begitu indah sebenarnya. Cuma sekadar banyangan kosong yang penuh dengan kisah-kisah.
Kelmarin saya bermimpi tentang sesuatu. Tentang kehidupan sewaktu dulu. Tentang suatu suasana sewaktu dahulu. Mungkin boleh dikatakan ianya perkara indah yang telah berlaku. Tentang satu gugusan persahabatan yang kini kian terungkai. Kian usai. Kelmarin, saya bermimpi dimana watak di dalam mimpi saya itu adalah saya sendiri, Hanafi, Khairiah dan Rashidah. Watak yang tercipta beberapa tahun lepas.
PERKENALAN
Kami berempat saling mengenali sewaktu berada ditingkatan 5 lagi. Dan sewaktu itu terjalinnya satu hubungan persahabatan yang walau jauh dimata, namun dekat dihati. Walaupun masing-masing berada di tempat yang berlainan, dan berjauhan, namun kemesraan persahabatan itu tetap terasa. Seperti sudah lama mengenali satu sama lain walaupun tempoh perkenalan pada waktu itu cuma hanya beberapa seketika.
Saya sendiri mengenali Hanafi semenjak dari kecil lagi. Semenjak dari darjah 5 sehingga hari ini, kami adalah sahabat baik. Walaupun masing-masing sedang dengan haluan tersendiri, namun adakala masih mempunyai idealogi yang sama, dan keakraban yang sama.
Dan kami mengenali Khairiah dahulu iaitu sewaktu sama-sama menuntut di kelas tambahan luar sewaktu itu.Semasa itu masih ditingkatan 4. Perkenalan cumalah sewaktu hari terakhir kelas yang tidak disangka dapat dilanjutkan untuk sekian masa.
Kemudian barulah kami mengenali Rashidah, yang meruapkan saudara kepada Khairiah. Oh, ya, mungkin boleh juga dikatakan kami mengenali mereka serentak kerana sewaktu itu, Rashidah datang untuk mengambil Khairiah dikelas.
Dan, bermula dari situ, bermula titik persahabatan kami. Walaupun seperti yang saya katakan tadi, masing-masing berjauhan. Saya dan Rashidah menuntut di sekolah yang sama di Jengka, Hanafi di SMAP Kajang dan Khairiah di SBPI Jempol. Namun masing-masing berhubung antara satu sama lain. Dan keakraban kami kian bertambah selepas tamat zaman persekolahan dimana masing-masing tidak bekerja, dan kerja kami sewaktu itu adalah mengajar Rashidah yang sewaktu itu berada ditingkatan 5.
Masih berlegar di kepala saya bagaimana suasana perpustakaan pada waktu itu, masih terbayang di kepala saya tentang gelak tawa mereka.
PENGAKHIRAN
Namun, hubungan gugusan persahabatan itu kian tercalar dek timbulnya satu perasaan. Sama ada perasaan itu negatif mahupun positif. Masing-masing mempunyai perasaan masing-masing samaada negatif mahupun positif. Tersimpan di lubuk hati dan ianyanya bukan sesuatu yang menyenangkan. Mungkin ada salah seorang yang saling mengetahui dan mungkin juga sehingga hari ini ada yang masih tidak tahu. Satu cerita yang penuh kemisterian. Masih tersimpan umpama sebuah harta karun yang mungkin akan digali atau dibiarkan sahaja.
Mungkin lebih ditepatkan lagi jika saya katakan perasaan yang wujud itu adalah perasaan sayang namun telah disalahtafsirkan oleh diri masing-masing dengan istilah cinta. Namun segalanya membawa kepada satu pengakhiran yang sangat sedih jika difikirkan kerana sebenarnya perhubungan sewaktu dulu itu hanya boleh wujud atas dasar sayang, bukannya cinta.
KINI
Masa kian berlalu namun saya masih terbayang saat itu. Kini, segalanya telah berubah. Samaada menusia itu berubah kerana keadaan ataupun, keadaan sendiri yang mengubah seseorang manusia. Masing-masing dengan cara dan jalan masing-masing.
Hanafi kini berada di Korea, melanjutkan pelajaran disana. Dan khabarnya mempunyai seseorang disana. Cuma dari apa yang dicerita, segalanya seperti masih tergantung. Saya suka cara dan prisipnya. Tidak memeningkan jiwa untuk difikirkan soal cinta itu. Namun saya benar tahu siapa pilihan hatinya
Khairiah, kali terakhir saya berjumpa dengannya adalah 3 tahun lepas, namun kali terakhir saya berbicara dengannya dan mungkin itu kali pertama dan terakhir saya berbicara dengannya dalam tempoh 3 tahun kami membawa haluan masing-masing adalah 2 bulan yang lalu. Khabarnya juga sudah mempunyai seseorang di dalam jiwa dan saya kira dan lihatkan bahawa pilihannya kali ini adalah benar.
Rashidah pula juga sama, sudah mempunyai pilihan hatinya. Dahulu dia berkeras tidak mahu seseorang yang muda darinya, namun biasanya apa yang kita luahkan itu ibarat menyiram air ke langit. Jatuh kepada muka sendiri namun adakala siraman itu membuat kita sengsara dan adalakala membuat kita bahagia. Dan dia bahagia dengan siramannya itu.
Cuam saya yang berlainan, masih begini. Namun adakala keadaan begini membuatkan saya bahagia walaupun adakalanya sepi. Mungkin masa terlalu muda untuk difikirkan soal itu walaupun adakalanya fikiran saya sudah melangkaui usia itu. Sudah memikirkan untuk asset-asset yang mendatang. Segala perancangan untuk akan datang walaupun saya sendiri masih tak tahu siapa yang bakal menjadi permaisuri itu.
Berbalik pada cerita satu hubungan tadi. Manusia tidak akan menghargai sesuatu tanpa merasai kehilangan. Seseorang yang alpa tentang kehilangan itu hanya seorang yang buta kerana mereka tidak pernah melihat apa-apa walaupun hanya sekadar merasa. Buta bukan dari fizikal tapi buta dari dalam hati. Samaada kehilangan itu memeritkan ataupun menggembirakan. Dan akhirkan kita sendiri akan rasa satu perhargaan kepada sesuatu yang telah hilang itu.
Sama seperti apa yang saya rasa, semakin lama, sebenarnya perasaan rindu itu untuk kembali kemasa lalu kian terasa. Walaupun sebenarnya kita tidak boleh untuk mencapai dan mengulanginya semula. Dahulu segalanya indah, kerana satu perkataan. PERSAHABATAN. Atau lebih akrab lagi jika saya bahasakan sebagai UKHWAH. Tali persaudaraan. Namun keretakan itu tidak mengeruhkan hati saya untuk saya nyatakan yang saya masih sayang mereka semua. Sama seperti dahulu.
Jika keadaan boleh berubah, saya juga berharap yang suatu masa nanti keadaan akan menemukan kami kembali. Walaupun bukan untuk mengulang kembali saat silam, namun membina kembali jambatan persahabtan yang sudah putus sekian lamanya. Walaupun saya tahu ianya sukar namun saya percaya tiada yang mustahil.
Berlegar-legar di hadapan pintu pertanyaan membuat kita semakin banyak berfikir dan mengenang sesuatu. Pertanyaan itu saya simpan dahulu, sedakar menunggu adakah akan sampai waktunya. Siapa yang tahu.
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 11:04 PM 0 kutukan dan kritikan
Thursday, August 27, 2009
Cara-cara mencuci kepala
Masih gua nak bercerita tentang kepala gua..
Hujung minggu yang lalu, sempena awal Ramadhan, gua balik pahang untuk berpuasa bersama-sama keluarga tercinta, jadi, sudah seperti yang gua jangkakan, isu pertama yang muncul tatkala gua sampai dirumah adalah soalah berbentuk 'kepala kau macam mana?"
Itu cerita dirumah, dan memandangkan keesokan harinya berpuasa, maka, seperti biasa, malam itu semeseti gua pergi berterawikh. Dari maghrib gua dah lepak masjid. Dan sama seperti yang gua dapat jangkakan, pakcik-pakcik masjid ramai yang bertanya kenapa dengan kepala gua yang berbalut. Ada yang tanya eksiden ker, jatuh ker, terantuk ker ( terantuk or terhantuk ). gua sendiri tak reti nak explain macam mana. Dan semasa lepak dengan Haji Dollah pun, gua cerita sedikit pada dia, dia pun cerita yang ada pengalaman sama seperti gua. Dan semenjak itu, gua rasakan yang kejadian yang menimpa gua ini adalah normal, bukan gua seorang jer yang pernah alami. Namun mitos atau dongengan tentang punca terjadinya apa di kepala gua ini semakin kuat menerjah gua apabila semasa lepak dengan Hisyam anak Esah Dakwah, dia kata " kau ni banyak berfikir sangat Mail ".. juga semasa di Shah Alam juga turun rumah terserempak dengan Ain, Ain kata " kau ni nak kata banyak sangat berfikir, tak ler pandai gak, dulu fail gak".
Ya, mitos mengatakan yang gua banyak berfikir menyebabkan kepala gua jadi begitu.
Gua akui, ya sememangnya semenjak kejadian 21 Mei atau lebih tepat lagi 24 Mei membuatkan gua semakin banyak berfikir tentang itu dan tentang ini. Terutama tentang kehidupan dan adakalanya tentang kematian. Tetapi gua tidak tahu sama ada mitos atau dongengan itu adalah punca perkara yang berlaku pada kepala gua ni.
Cuma ada satu mitos yang gua hampir mahu percaya adalah tatkala sebelum pulang ke Pahang, pergi cuci kepala di DEMC, doktor tersebut agak terkejut mengatakan yang luka kesan bedah di kepala gua semakin surut. Ya, cuma seminggu ianya hampir surut dan sudah tidak mengalami pendarahan serius. Kebanyakan orang yang telah melakukan pembedahan dibahagia kepala biasanya mengambil masa 2-3 minggu untuk surut terutamanya dari pendarahan kerana bahagian kepala adalah antara bahagia yang banyak mengepam darah ( itu yang dia nyatakan, gua bukan tau pun, gua bukan ambik jurusan kedoktoran pun ). Jadi, dengan statement sedemikian, gua percaya yang gua ini adalah mempunyai darah serigala jadian kerana gua mempunya kuasa penyembuhan semula jadi secara cepat. haha.. benarkah gua berketurunan serigala jadian? nak tnaya kat bhapak ngan mak gua, risau kena baham dengan mereka.
Dan memandangkan gua ni seorang yang ala-ala berani, gua mengambil keputusan untuk menamatkan sesi cucian gua di hospital mahupun klinik lagi. Ya la, lu bayangkan, sekali cuci memakan RM20-RM30. Jadi, kalau dan sebulan 30 hari mau cuci dah memakan RM600-RM900. Sudah cukup mampun untuk membeli sebiji PSP mahupun membayar duit bulanan kereta Honda City. Jadi, gua secara nekad ingin mencuci sendiri kepala gua ( indie ler katanya )
Dan ini adalah peralatan cucian gua yang gua sendiri kurang pasti betul atau tidak.
Dari kanan atas adalah air Milo. Semasa di hospital, gua dapat rasakan yang doktor tu cuci guna kapas yang agak basah kerana dicelup dengan sesuatu. Dan bagi menambahkan rasa di kepala gua, gua celup kapas dengan air Milo dan kesannya, kepala gua dihurung semut selama satu malam.
Di sebelanya adalah tukul. Tukul tersebut digunakan untuk mengtuk mana-mana bahagian yang gua rsanya perlu diketuk dan diratakan. Paku tidak diperlukan dalam hal ini walaupun ada yang cuba menghasut gua, jika gua paku kepala gua, gua akan bertukar menjadi seorang mamat yang cukup hensem.
Dibawah tukut tersebut, sejenis penampal yang uga beli di farmasi yang diberi nama Gauze. Gua sendir tak pasti kenapa nama dia begitu sedap walhal rasanya tidaklah seperti rasa donut ataupun karipap yang boleh didapati di bazar Ramadhan.
Disebelah Gauze itu adalah pelekat atau bahasa mudahnya salotep. Gua beli di kedai alat tulis seksyen 2 sewaktu singgah di McD seksyen 3, beberapa bulan sebelum puasa.. haha, dah lama rupanya salotep ni berada di simpanan gua, ingat nak wat lekat lekat kertas jer, rupanya ada banyak guna gak ek..
Dibahagian bawah pula bermula dari kiri adalah Test Pen. Digunakan untuk mengetest ( baca : mencuba ) sama ada kepala gua masih berfungsi dengan elok ataupun tidak. Jika lampunya menyala, ini bermakna fius dikepaal gua masih berfungsi dan tidak terbakar.
Disebelahnya adalah gunting. Digunakan untuk menggunting Gauze, salotep dan menggunting mana-mana bahagian kulit yang gua rasanya tidak mahu. Kesannya, luka kesan bedahan di kepala gua menjadi semakin cantik hasil daya kreativi guntingan tangan gua. Gua kan kreatif..
Disebelahnya pula adalah sejenis krim yang digunakan yang kononnya adalah untuk mempercepatkan penumbuhan tisu baru. Diorang ni tak tau ker yang gua ni berketurunan serigala jadian? Dan sebenarnya apa yang mereka katakan itu benar, kerana selepas 2 hari gua pakai krim tersebut, mak gua asik bising memarahi gia " ni apasal main-main tisu letak kat kepala ni?". nak jer gua cerita kat mak gua yang tisu tersebut tumbuh sendiri
Dan yang terakhir sekali adalah kapas. Kapas ini mudah didapati terutamanya dikedai baby. Dan jika diletakkan dengan sedikit pewarna dan air gula, inaya mampu dijual dipasaran dengan harga serendah RM1 bagi saiz yang sedang-sedang dengan diberi nama, gula kapas.
jadi, itulah dia bahan-bahan untuk mencuci kepala ya tuan-tuan. Jika tuan-tuan dan puan-puan rasa nak memerlukan khidmat saya, boleh hubungi saya, atau jika tidak, jika terlalu malas, hantar dobi sajalah. Senang cerita...
Sekarang baru Ramadhan ke 6.. guu tunggu lagi 9 hari untuk bulan mengambang.. tak sabar rasanya nak bertukar.. TRANFOMERS.... eh silap.. AAUURRRMMMMM....
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 5:54 PM 1 kutukan dan kritikan
Tuesday, August 25, 2009
Salam Ramadhan dari gua kepada semua

Rasanya masih tidak terlambat untuk gua mengucapkan Salam Ramadhan kepada semua.. Masih diawal Ramadhan kan? Gua tengok blog-blog lain, ada yang sehari sebelum puasa dah post entry salam Ramadhan ni.. huhu.. gua plak, sebab gua balik pahang pada hujung minggu lalu dan keadaan kelam kabut sewaktu nak keluar rumah, menyebabkan Broadband gua tertinggal secara tak langsung menyebabkan gua tak boleh nak online. Ada gak yang tanya bila gua nak update entry, bila nak update entry? NI gua tengah update ler. k...
Panjang plak mukaddimah gua ek? Ok, bercerita tentang Ramadhan, semasa entry ini ditulis, hari ini adalah hari keempat umat Islam berpuasa.. dan bagi gua sendiri plak, tahun ini adalah tahun keempat gua berpuasa jauh diperantauan.. tak de la jauh sangat, maksud gua, jauh dari sisi keluarga tercinta..
Tahun pertama gua berpuasa, memang masa tu rasa sedih, ye la, kali pertama berbuka dan sahur dengan kawan-kawan tanpa keluarga.. masa tu gua duduk hostel.. pintu pagar tutup samapi kul 2 pagi. jadi kesempatan tu gua ngan kawan-kawan keluar cari makanan dan hampir-hampir pintu tutup baru balik.. kadang-kadang ada gak terlajak.. tapi, guard tak kesah sangat.. sebab kadang-kadang gua tengok guard tu pun hilang sama.. pergi mencari juadah juga gamaknya.. Tu kisah tahun pertaam gua berpuasa diperantauan.. kiranya masa tu bersama kawan-kawan hostel ler..
Masuk tahun kedua plak, masa tu gua dah start tinggal di rumah sewa, kiranya tak duduk hostel lagi ler.. tapi masih di menuntut di UiTM.. Masa tu gua duduk rumah flet kat seksyen 24, tinggal dengan 4 oang kawan yang lain, tingkat 5. Pergh, cabaran paling ketara masa bulan puasa tu adalah setiap hari gua terpaksa mendaki 5 tingkat bangunan dan tahap keletihan mendaki itu sahaja sama seperti joging satu tasik Shah Alam. Masa tu gua dah start masak nasik sendiri, tu lah kali pertama gua masak nasik sendiri. Puas gak wat survey, camner nak tahu sukatan air dalam periuk nasi tu, ada yang kata ikut berapa cup beras lah, ikut pergelangan tangan lah, ikut ruas jari lah.. tapi akhirnya gua ambik keputusan gua ikut cara sendiri, ikut paras buku lali.. patut sedap jer nasik gua sebab dah rendam dengna kaki.
Tahun ketiga gua berpuasa plak masa tu gua dah start pindah rumah lain yang lebih rendah, selesa dan mewah ( baca : setinggan, dalam?? bukan kondo.. kongsi ). Dan masa ni gak gua dah berenti Uitm atas sebab-sebab tertentu dan gua tak masuk belajar memana lagi, hidup memang betul-betul merantau, buat bisnes sikit-sikit di sini, masa tu waktu berbuka biasanya bersama kawan-kawan serumah dan sahur pun bersama mereka. Port paling mayuk tiap hari waktu tu untuk sahut adalah restoran Hakim atau Khulafa seksyen 7 berlakang Unisel. Memang tiap hari adalah kat situ, lagi pun masa tu kawan-kawan gua berniaga di bazar ramadhan di Angngeerik Mall, gua pun tumpang lepak sana samapai sahur..
Dan tahun ni adalah tahun keempat gua berpuasa diperantauan dan tahun ni agak indie dan sedih sikit bagi gua. Gua dah mula tinggal secara indie, berseorangan, dan waktu berbuka dan bersahur adalah waktu yang gua memula rasa agak janggal. Buka puasa sorang-sorang, sahur pun sorang-sorang. Giler indie kan gua? Tapi ntahlah, gua rasa selesa plak macam ni. Tahun ni gua dah malas nak masak nasik sebab kalau masak pun, gua sorang jer makan, cam malas jer. Pastu plak memandangkan tahun ni gua dah belajar balik, jadi jadual gua dipenuhi dengan kela yang agak padat jugalah..
Tu serba sedikit pengalaman gua berpuasa diperantauan ni.
Ramadhan adalah bulan seribu rahmat, gua bersyukur kerana banyak perkara yang terjadi sebelum menjelangnya Ramadhan tahun ini yang banyak menginsafkan gua, sekurang-kurangnya Ramadhan kali ini adalah Ramadhan yang lain bagi gua, biar duka atau suka, cuma apa yang gua harapkan gua dapat menempuhi Ramadhan ini dengan lebih ditambahkan keimanan gua, ditambahkan amalan dan ibadah gua, dan gua dapat tempuhi dengan lebih kesabaran. Pelbagai dugaan dan cabaran gua dah lalui.
Cuma gua rasa yang Ramadhan kali ini dapat memberikan banyak ketenangan kepada gua, ya, dapat memberikan, itu harapan gua.
Memandangkan sekarang sudah hampir waktu berbuka, gua malas nak story panjang-panjang, gua nak gi tangkap cicak jap wat masak lemak cili padi... kepada kawan-kawan diluar sana... selamat berbuka...
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 6:15 PM 0 kutukan dan kritikan
Wednesday, August 19, 2009
Bayang-bayang kehidupan
Kelmarin, waktu malam. Hampir ke waktu pagi. Selepas hampir setengah jam gua sampai rumah. Pintu rumah gua diketuk orang. Abg kepada Ain yang gua panggil G, mungkin kerana sennag untuk memanggil dengan nama demikian, ringkas dan padat, datang membawa sepiring sepotong kek. Ya, piring dan sepotong kek. Hari ini, ( pada malam itu ) birthday Katty katanya. Gua terima sambil terfikirkan sesuatu.
Kek yang diatasnya ada strawberry, dan ada lapisan cheese cake ditengah membuatkan gua teriangat dan terfikirkan sesuatu. Rupanya sudah hapir genap 3 bulan gua tak menjamah sebarang jenis kek termasuk kek appollo. Ada lah sekali masa mentoring sebulan lepas, tapi itu pun cup cake dan gua tak berjaya menghabiskannya pun. Entah lah. Gua tak tahu kenapa kehidupan gua sering dibayangi bayangan silam.
Minggu ni juga gua sedang menghadapi exam untuk mid semester. Biasanya seperti 2 semester sebelum ini, mid semester gua antara yang paling bersemangat. Tetapi, kali ini, juga seolah-olah dibayangi bayangan silam membuatkan gua kurang bersemangat dengan mid kali ini. Yang terfikir di kepala gua adalah gua masih terbayang perkara silam dan yang terfikir di kepala gua adalah jika gua dapat 4 Flat sekali pun semester ni, purata pointer gua masih tak dapat mencecah 3.5. Dan 4 Flat itu tidak dapat menampung pointer gua yang jatuh teruk semasa semester lepas. Perkara itu membuatkan gua seolah hilang semangat untuk semua itu. Ya, semester lepas gua memang teruk Memang HANGKANG giler lah, bak kata Agnes.
Sakit dikepala gua pun adakala masih berdenyut. Dengan kesakitan didalam dan luaran. Ramai yang bertanya pada gua, apa yang terjadi [ada kepala gua sebenarnya. Gua tak punyai jawapan khusus untuk semua itu. Cukuplah gua kata yang gua tukar fius kepala gua yang terbakar. Ada yang berkata, gua terlalu stress dan terlalu banyak berfikir. (mungkin menyebabkan fius gau terbakar ). Pada mulanya gua nak menyangkal pendapat demikian. Mana lah ada orang yang terlalu banyak berfikir boleh jadi macam tu, setahu gua, paling ketara pun akan keguguran rambut. Mungkin seperti Syukri barangkali. Haha.. Tapi, kelmarin, sepanjang exam ini, mungkin otak gua semakin banyak berfikir, gua mulai percaya akan mitos tersebut. Kadar pengeluran darah gua dapat rasanya bertambah dan membuatkan gua terpaksa pergi ke hospital untuk mencucinya setiap hari. Sedangkan pada waktu ini, gua rasakan, tak perlu untuk gua pergi sehari sekali. Cukuplah sedakar selang sehari. Dan, gua hampir percaya pada mitos tersebut walaupun yang mengatakan sedemikian adalah hanyalah kawan-kawan disekitar, bukannya doktor mahupun pakar.
Minggu lepas, semasa di MASKARA, Naga tegur gua, 'lu nampak lain plak kali ni', Beeha pun cakap 'macam pernah nampak', Op kata 'kenapa ni?', Basri plak kata 'wah, dah berubah' dan Pyan Habib pun ada kata 'siapa ni? macam kenal'. Gua dah lali dengan ayat-ayat demikan. Cukuplah dikolej ada yang tegur sama seperti ayat diatas. Nana kata "Mael, apasal? Serabai jer tengok" Semalam pun masa lepak KFC terserempak dengan Odah, dan dia kata "Weh, apasal serabut sangat aku tengok ko ni?". Dan yang paling ketara Napie kata " Erm, sejak bila ko join Tabligh ni?". Ya, gua dah lali dengan persoalan-persoalan tersebut. eheh, suka hati gua ler tak nak potong rambut, tak nak cukur janggut nak biar berjambang hapa ker. Gua bukan mintak duit lu orang pun nak gi salon. Entahlah, gua sekarang seolah-olah malas nak berfikir tentang apa-apa lagi. Dan seolah-olah tak fikir tentang keadaan sekeliling. Selama ni apa yang gua buat pun, ada orang kisah?? Ada orang nak hargai?? Mungkinkah gua akan jadi seperti cerita Musang Berjanggut. Ya, cerita tentang musang, pada waktu ini, gua seirng merasakan yang gua adalah serigala jadian, ( mungkin pengaruh cerita Wolverine atau rupa gua yang seperti Wolverine sekaran ). Dan gua berharap, jika gua adalah serigala jadian, kesan bedah di kepala gua akan cepat sembuh kerana setahu gua serigala jadian ada kuasa penyembuhan sendiri )
Cuma, pada waktu ini,semenjak 3 bulan lepas hingga hari ini, hanya ada 2 makhluk yang sering mengunjungi hidup gua, yang mungkin mereka ini ingin membantu hidup gua dari terus dibayangi bayangan silam. yang pertama lelaki berjubah putih itu, dan yang kedua mungkin boleh gua namakannya sebagai dewa cinta. Biar gua bercerita tentang dewa cinta dahulu. Dewa cinta sering bertanya pada gua, apa yang gua rasakan sekarang? Adakala dia datang tanpa gua nudang dan terus bertanya solaan demikian. Dan dia sering bertanya pada gua, adakah gua perlukan cinta sekarang. Dengan mudah gua menjawab pada Dewa Cinta yang gua sekarang tidak mahu dan takut untuk memikirkan soal cinta. Dewa cinta bertanya lagi. Kerana dibayangi bayangan silam? Gua menjawab. Mungkin. dan dalam diri gua cukuplah gua ada cinta dari Pencipta gua dan Rasulnya, dan family gua. Itu yang diajar oleh lelaki berjubah putih tersebut. Terang gua pada dewa cinta. Dan bila itu jawapan gua, dewa cinta akan terus hilang, lenyap dari pandangan dan kemudian datang lagi tanpa gua sendiri undang, mungkin sekadar mahu bertanya solaan sama. Walaupun gua adakala rimas dengan soalan yang diberikan, gua patut bersyukur pada Pencipta dan berterima kasih juga pada dewa cinta kerana mengingatkan gua pada perkataan cinta.
Tentang lelaki berjubah putih pula. Sama seperti dewa cinta, sering mengujungi gua sama ada di alam mimpi atau alam separa sedar. dan sering menajar gua tentang erti kehidupan. Sering memberikan kata-kata nasihat bagi gua walaupun dia tahu yang gua ni sukar menerima nasihat. dan adakala petunjuk-petunjuk yang diberikan gua gunakan sebaiknya. Dia sering mengingatkan gua pada Pencipta, dan tentang siapa diri gua. Tentang erti tanggungjawab. Sekurang-kurangnya gua tenang dengan kehadirannya. Dan dialah yang banyak mengubah dan mengajar semula corak kehidupan gua. Sekurang-kurangnya jika daluhu, selepas Maghrib dan tatkala azan Isyak berkumandang, gua sudah tercongok dibawah pokok hadapa seroja, tetapi sekarang, lelaki tersebut mengajar gua tentang bahawa gua sepatutnya menggantikan tempat itu di masjid atau surau . Dan Alhamdulillah, keadaan disitu lebih tenang rupanya.
Katanya lagi, kiamat hampir tiba, dan kematian hampir tiba. 2 3 minggu ini, gua sering mendapat berita tentang kematian. Sama ada orang yang gua kenali ataupun tidak. tetapi adakala berita itu datang berhari-hari. Gua bersyukur sekurang-kurangnya berita itu banyak mengingatkan gua tentang soal kematian dan kehidupan. Dan gua rasakan mungkin masa gua pula mungkin secara tak disangka. Ya, siapa yang dapat menyangka tentang kematian. Dan bukanlah gua nak jaga tepi kain orang. Kubur lain-lain kata mereka. Tetapi jika ditakdirkan kubur lu orang sebelah kubur gua, lu ingat gua boleh tenang ker bersemadi kat sebelah? Sama lah kalau lu duduk rumah, tapi jiran sebelah rumah lu suka memekak jaming tiap-tiap malam. Lu tenang ker nak tido?? Ya, kiamat makin tiba..
Walau bagaimana pun, gua sendiri sering terfikir kenapa adakala gua masih dibayangi bayangan silam? Sedangkan gua sedang menempuh kehidupan baru. Sedangkan Dewa Cinta dan Lelaki Berjubah Putih itu sering datang unutk membantu gua untuk meneruskan kehidupan ini.
Akhirnya, gua sedar, semua perkara itu ad hikmahnya, gua bersyukur kepada Allah yang gua masih dibayangi bayangan silam itu, kerana ini membuktikan yang gua masih mempunyai daya ingatan yang kuat dan gua masih mampu untuk mengingat. Walaupun adakala apa yang gua ingatkan itu banyak menjejaskan kehidupan gua. tetapi sekurang-kurangnya gua masih sedar yang gua ini tidaklah gila sepenuhnya. Mungkin hanya separuh gila.
Gua bersyukur kepada Allah S.W.T. Alhamdullillah dan Subhanallah, Maha Suci Allah atas kurniaanya..
" Kiamat itu ada didepan mata, bersedialah " Lelaki berjubah putih, juga pada suatu malam
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 11:14 AM 1 kutukan dan kritikan
Sunday, August 16, 2009
My new mask
Semalam masa gua pergi hospital untuk cuci kepala gua yang kena bedah, gua tengok hampir 80% pengunjung disana mengenakan topeng muka, termasuk staff2 mereka. Mungkin sebagai langkah mencegah H1N1 danb mungkin hospital juga adalah tempat berisiko tinggi wabak virus disebarkan. Ye la, manalah tau kalau ada yang positif datang sana, tak pasal-pasal kita yang tak apa-apa ni terlibat sama.
Tapi, semua orang tengok gua, erm.. gua bukan samseng, gua bukan along mintak hutang, dan gua juga bukan perompak yang mahu merompak kauter bayaran di hospital tersebut, tapi memang topeng gua bercorak begini. Gua juga mengambil langkah berjaga-jaga dari terkena virus tersebut.
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 6:57 PM 2 kutukan dan kritikan
Tuesday, August 11, 2009
Yeah!! Gua dah dapat fius baru!!
Ya, ini lah rupa terkini gua kat kolej, gua bukan buat pembedahan plastik. Gua cuma bedah kepala. Topeng tersebut adalah langkah berjaga-jaga dari virus H1N1. Beg sandang gua tu dipenuhi dengan ubat beserta pengecas bateri untuk kepala gua jika bateri kong, tag kat tang gua tu bukanlah tag gua masuk ICU, tu tag masuk Karaoke Greenbox. Gua lawan ngan Q sapa paling lama leh tahan pakai.
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 9:21 PM 1 kutukan dan kritikan
Sunday, August 9, 2009
Meh gua nak citer bisnes menguntungkan!!
Dahjah kebosanan gua mencapai tahap maksima malam ni. Gua tak dapat nak pikir secara waras dan betul. Lepas jer solat Maghrib, gua dah buntu. Hari ni semayang kat umah, biasa klu gi masjid, antara Maghrib ngan Isyak ada ler gak ceramah-ceramah agama ni. Gua join sekaki. Tapi, sebab gua dah terlambat balik umah hari ni, gua semayang kat umah dan tak kan tetiba gua nak gi masjid mencelah tetiba. Isyak plak gua tak tentu bila sebab selagi ceramah tak habis tak Isyak ler. Jadi, gua Isyak kat rumah jer.
Maka, gua start motor gua, terus keluar dan pergi ke Seksyen 9. Dalam perjalanan gua berfikir, betul ke tindakan gua ni. Tapi bila gua pikir-pikir balik, yang gua dah boring dengar bebelan kawan-kawan gua termasuk Pn Mas asyik suruh gua pergi hospital jer. Malam ni gua nekad pergi. Diorang plak yang risau lebih-lebih. Gua rilex jer. Bukannyer gua ada demam-demam atau panas badan ker hapa. Tak ada tanda-tanda H1N1 pun. Cuma yang menjadi masalahnya adalah kepala gua jer.
Dah dekat sebulan gua kira yg kepala gua ni bermasalah. Jadi tujuan gua malam ni, gua nekad untuk operate kepala gua ni, kasi betul sikit fius dia. Sebelum ni ada cek kat Klinik Rozana Seksyen 13, dekat ngan kolej gua. Tapi, doktor tu tak berani kata apa-apa. Baik jumpa pakar katanya. Malam tu gak Nazmi dah offer gua nak bawak gi Hospital Besar Sungai Buloh. Gua pikir punya pikir, gua malas ah nak gi Hospital Kerajaan ni. Memang gua sejak lahiriah kot memang suka menentang kerajaan. Jadi, gua ambik keputusan, gua operate sendiri kepala gua. Darah gua tak payah nak citer ah, kat dapur rumah gua tu pun masih ada tompok-tompok darah kesah dari pembedahan sendiri yang gua lakukan. Dan malam tu gak gua sms Nazmi "Bro, gua dah ok, dah sihat, tak yah ah bawak gua gi sepital mlm ni"
Bila Pn Mas dapat tau perkara tu, sekali lagi gua kena sound. Maka gua pun cakap " ya, saya akan pergi jumpa pakar nanti" Kawan-kawan pun dah sound gua gak, bila nak gi. Maka, malam ni gua nekad. ( ya, sudah 3 kali gua ulang pekataan ini ). Sesampai jer gua kat Darul Ehsan Medical Centre ( DEMC ), gua terus gi kaunter pendaftaran ambik no giliran. no 1267, sekarang baru 1224. Ahah, lagi 43 orang. Ramai gak malam ni. Gua tanya akak kaunter tu, agak-agak berapa lama lagi. Akak tu ngan serius dan jujur menjawab 2 jam.
Pergh, 2 jam?? Gua dah mula buntu mende nak wat. Gua keluar, pergi ke Plaza Masalam Yang terletak disebelah je. Gua masuk siap usha DVD, handphone dengan kira-kira nak rembat phone baru, masuk Giant keluar Giant, usha camera, usha awek lalu lalang, dekat setengah jam.Nak jer gua gi naik Plaza Masalam malam-malam ni. Tapi cuak gak gua karang tetiba terserempak ngan jelmaan Beng Hock ker. Gua balik semula DEMC, tgk no giliran. Ler, baru naik 3 no. Punya ler lama. Gua dah hangin. Beb, ni private hospital pun ramai gak orang ker beb? Nombor pun lambar jalan ker beb?. Dalam poket gua masa tu, ada RM500, nak jer gua bagi rasuah kat akak jg kaunter tu kasi no giliran tu laju sikit.
Darjah kebosanan gua makin meningkat, memandangkan fius otak gua dah tak stabil. Gua strat motor semula, pergi dataran Shah Alam. Mak ai! Ramainyer orang. Ada konsert hapa plak ntah malam tadi. Menteri Besar Selangor pun ada gak. Last2, sebab gua boring sangat, gua pun layan sama.
Memula Noryn Aziz, pastu masuk Man Bai ( apasal ler Man Bai nyanyi lagu kau ilhamku plak malam td ) pastu mamat indie mana ntah, gua tak kenal, dah ler nyanyi lirik merapu-rapu, sampai kena buu pun dia wat tak kisah. Memang sah indie. Pastu masuk Yuna.. Au.. Yuna!! Tapi apasal Yuna nyanyi lagu Dan Sebenarnya plak malam td.. huh!! Lepas Yuna masuk Hattan. Tapi gua dah tak layan Lepas Yuna jer gua terus blah.
Pergi balik DEMC, yeah, memang power timing gua.. lagi 5 orang.. gua pun terus duduk sambil layan citer hapa ntah kat TV3. Sampai ler no giliran gua. Masuk jumpa doktor, cakap nak wat permbedahan malam ni. Nak betulkan fius otak gua. Last-last, dia kata kena datang siang, wat temujanji, jumpa pakar dulu. Tu jer dia cakap.. pastu keluarkan kad temujanji dan bil rawatan.
Pergi kaunter, nak buat bayaran.. mak ai.. 5 minit gua masuk, tanya tu jer. RM14.. 5 minit jer beb.. patut pun orang kata kerja doktor cepat kaya.. tu belum kalau dengan ubat lagi ek.. huh, gua sendiri pun tak tau lgi bila nak wat temujanji tu.. mungkin esok lusa..
dalam kepala gua sekarang dok pikir, gua nak jadi doktor dah memang tak bleh, gua dah lari ke bidang akaun dan bisnes, jadi, kalau ler gua dapat bini yang jadi doktor, huhu.. gua nak bukak klinik untuk dia sendiri dan tulis terang-terang depan pintu, gaji doktor ini merangkap bini gua adalah RM14 untuk 5 minit.. harap maklum..haha.. pastu gua suruh dia yg sara hidup gua.. gua nak jadi surirumah jer.. kemas rumah, sapu sampah, basuh baju, basuh pinggan, menjahit, menggubah bungga.......
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 11:55 PM 2 kutukan dan kritikan
Thursday, August 6, 2009
Tentang silap mata gua..

Henzi, Ibrahim, AC yang berjaya dikerjakan, Charlesston ( tak silap gua ah ejaan nama dia camtu ) Dan gua...
Nazmi, Engku Emran, AC Mizal, dan Gua
Ya, satu pengalaman yang amat bermakna bagi gua, ni antara pengalaman gua yang manis sepanjang gua dalam arena silap mata ni, bkn senang nak dapat job yang gua anggap besar ni walaupun bayarannya tak berapa besar..
Jadi, bertemu lagi di lain hari.. SEMPOI!!! ( bak kata AC )
Bye kawan-kawan ( gua dengan gaya comel )
Luahan rasa Maxmagic tepat jam 11:04 PM 3 kutukan dan kritikan








